PANDUAN SOLAT TARAWIH

NIAT & CARA SOLAT TARAWIH Bersendirian & Berjemaah



Bagaimana niat & cara mengerjakan Solat Tarawih?

Ini adalah panduan lengkap untuk melakukan Solat Sunat Tarawih berjemaah dan bersendirian di rumah.

Anda akan dibimbing secara langkah demi langkah sehingga selesai dan panduan ini diringkaskan agar mudah difahami oleh semua orang.

Apa yang menarik:

Panduan cara Solat Sunat Terawih ini juga dipermudahkan dengan ejaan rumi untuk membantu sesiapa yang mengalami kesukaran membaca tulisan arab.

Jika anda memerlukan panduan ini, jom kita mulakan


Pengenalan Tarawih




Apakah keistimewaan Solat Tarawih?

Solat Sunat Tarawih lebih istimewa berbanding solat-solat sunat lain adalah kerana ia dikhususkan untuk dilakukan pada bulan Ramadan, iaitu bulan yang padanya terdapat satu malam yang seribu kali lebih hebat daripada seribu bulan yang lain.

Allah SWT menjanjikan ganjaran istimewa berupa keampunan kepada mereka yang mengerjakan solat ini.

Melaksanakan solat sunat terawih adalah antara amalan-amalan yang begitu dituntut (sunat muakkad) dalam bulan Ramadhan.

Ia boleh dilakukan secara bersendirian di rumah mahupun berjemaah di masjid dan surau.

Maksud Tarawih

Tarawih berasal daripada perkataan ( تَرْوِيحَة ) yang bermaksud berehat.

Dinamakan solat Tarawih kerana orang yang bersolat tarawih ini berehat setiap empat rakaat.

Maka solat ini dilaksanakan berselang-seli dengan ‘berehat seketika’.

Sebagaimana yang dinyatakan oleh al-Syarbini dalam kitabnya al-Iqna’:

  • “Dan setiap empat rakaat dinamakan tarwihah ( تَرْوِيحَة ) kerana mereka berehat selepasnya”
  • Terdapat juga pendapat yang menyatakan bahawa tarawih ini berasal daripada perkataan murawahah ( مُرَاوَحَة ) yang bermaksud berulang-ulang dalam perbuatan.

Tujuan berhenti rehat sekejap adalah untuk memperolehi keikhlasan dan memberikan ketenangan kepada mereka yang bersolat, khususnya kepada warga emas disamping mengelakkan ketegangan badan selepas berbuka puasa.

Hukum Solat Tarawih

Apakah hukum Solat Tarawih?

Solat Tarawih adalah solat sunat muakkad yang sangat dituntut dalam Islam dan ia hanya dilakukan pada bulan Ramadan sahaja.

Rasulullah SAW sangat menggalakkan para sahabat dan umatnya untuk bersolat pada malam bulan Ramadan.

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

Sesiapa yang melakukan solat malam (Tarawih) pada Ramadan kerana keimanan dan mengharapkan keredhaan dan keampunan Allah semata-mata, maka diampunkan segala dosanya yang lalu

— Hadis riwayat Muslim

Solat sunat terawih adalah satu ibadah qiamullai yang sangat digalakkan pada bulan Ramadan sehingga nabi menggelarkan ia “qiam ramadan”.

Ia sangat istimewa sehingga Allah menjanjikan ganjaran keampunan kepada mereka yang mengerjakannya.


Waktu Solat Terawih

Waktu untuk mengerjakan solat sunat Terawih adalah selepas Solat Sunat Ba’diyyah Isyak sehinggalah terbit fajar.

Solat ini hendaklah dilakukan dengan dua rakaat dan satu salam.

Dr. Wahbah Al-Zuhaily dalam al-Fiqh al-Islamiy wa Adillatuhu menyatakan makruh rakaat-rakaat Tarawih ini diselangi dengan solat sunat lain melainkan tawaf sunat.

Adalah digalakkan untuk mengerjakan solat sunat ini secara berjemaah di masjid kerana ganjaran pahalanya begitu besar.

Bilangan Rakaat Solat Tarawih

Apakah bilangan rakaat Solat Tarawih?

Ada beberapa pendapat yang berbeza dari segi jumlah rakaat solat Tarawih, sebagaimana berikut:

  • 8 Rakaat
  • 20 Rakaat
  • 36 Rakaat

Rasulullah tidak pernah menetapkan bilangan rakaat yang perlu dilakukan.

Solat Sunat Terawih ialah ibadat tambahan yang dilakukan dalam keadaan tenang dan tidak tergopoh-gapah.

Ia adalah satu cara untuk menunjukkan keikhlasan, kebaktian dan ketaatan kepada Allah SWT.

Jesteru itu, Rasulullah SAW menyuruh ia dilakukan mengikut kemampuan, keikhlasan dan kerelaan.

Sekiranya tidak mampu melakukan 20 rakaat disebabkan tugas mahu pun kesihatan, memadai dengan lapan rakaat sahaja.

Selepas itu, Solat Sunat Terawih akan diakhiri dengan Solat Witir.

Bilangan rakaat Solat Sunat Terawih yang biasa dilakukan Rasulullah SAW adalah 11 rakaat; terdiri dari 8 rakaat Solat Terawih dan 3 rakaat Solat Sunat Witir.

Jumlah ini dipilih oleh kebanyakan umat Islam Malaysia.

Solat Sunat Terawih dipisahkan kepada 2 rakaat demi 2 rakaat (4 kali 2 rakaat) dengan setiap dua rakaat satu salam.

Niat Solat Terawih

Oleh kerana solat sunat terawih boleh dilakukan sama ada secara bersendirian atau berjemaah, maka terdapat 2 lafaz niat yang saya akan terangkan.

Lafaz niat membantu kita sewaktu berniat solat (rukun) semasa Takbiratul Ihram:

Niat Solat Terawih Bersendirian

Lafaz niat solat sunat terawih secara bersendirian ialah:


 Usolli Sunnatat-Tarawih Rak’ataini Lillahi Taala 

Maksudnya:

Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat kerana Allah Taala.


Niat Solat Terawih Berjemaah (Makmum)

Jika anda ingin solat berjemaah bersama keluarga, niat Solat Terawih di rumah secara berjemaah (sebagai makmum) adalah seperti berikut:


 Usolli Sunnatat-Tarawih Rak’ataini Makmuman Lillahi Taala 

Maksudnya:

Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Taala.


Niat Solat Tarawih Imam

Niat sebagai imam pula adalah seperti berikut:


 Usolli Sunnatat-Tarawih Rak’ataini Imaman Lillahi Taala 

Maksudnya:

Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat sebagai imam kerana Allah Taala.

Oleh itu, jika anda ingin mengerjakan solat sebanyak lapan rakaat, maka niat perlu dibaca sebanyak empat kali.

Niat ini perlu dibaca sebelum setiap kali mengangkat takbir.

Jika anda ingin mengerjakan solat tarawih berjemaah bersama keluarga, illustrasi kedudukan saf di bawah ini boleh dijadikan rujukan:


Kedudukan Saf Solat Untuk Tarawih Berjemaah

Jika anda ingin mengerjakan solat tarawih berjemaah bersama keluarga, illustrasi kedudukan saf di bawah ini boleh dijadikan rujukan:

Credit imej: Madinah Di Hati

Cara Solat Terawih

Cara solat sunat tarawih adalah sama seperti rukun solat solat fardu atau solat sunat yang lain.

Jika terdapat beberapa beberapa bacaan tambahan di antara solat sunat tarawih ini, ia bukanlah rukun atau syarat.

Tetapi ia hanyalah semata-mata untuk mengambil peluang untuk memperbanyakkan zikir, tasbih, selawat dan doa dalam bulan Ramadan yang mulia.

Pemilihan Surah

Tiada penetapan khas untuk surah yang perlu dibaca dalam solat sunat tarawih.

Anda boleh membaca mana-mana surah kegemaran anda yang diingati.

Namun sebagai cadangan, surah-surah berikut biasanya dibacakan dalam Solat Tarawih:

  1. Surah at-Takatsur (rakaat pertama) dan surah Al-Ikhlas (rakaat kedua)
  2. Surah Al-Asr (rakaat pertama) dan surah Al-Ikhlas (rakaat kedua)
  3. Surah Al-Humazah (rakaat pertama) dan surah Al-Ikhlas (rakaat kedua)
  4. Surah Al-Fiil (rakaat pertama) dan surah Al-Ikhlas (rakaat kedua)

Rakaat Pertama

1.Solat Dimulakan dengan takbiratul ihram.


Semasa mengangkat takbir, bacakan niat Solat Tarawih dalam hati:

Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat kerana Allah Taala.


2.Kemudian, bacalah doa Iftitah.


Selesai takbiratul ihram, letakkan tangan di atas perut.

Kemudian, bacalah doa Iftitah. Hukum membaca Iftitah adalah sunat hai’ah.

Solat tetap sah jika doa ini ditinggalkan. Tetapi jika dibaca, akan mendapat pahala.

Doa Iftitah

Allaahu Akbaru Kabiiraa-walhamdu Lillaahi Katsiiran, Wa Subhaanallaahi Bukrataw-wa’ashiila.

Wajjahtu Wajhiya Lilladzii Fatharas-samaawaati Wal Ardha Haniifam-muslimaw-wamaa Anaa Minal Musyrikiina.

Inna Solaatii Wa Nusukii Wa Mahyaaya Wa Mamaatii Lillaahi Rabbil ‘Aalamiina.

Laa Syariikalahu Wa Bidzaalika Umirtu Wa Ana Minal Muslimiin


3.Seterusnya bacalah surah al-Fatihah.

Surah al-Fatihah adalah sebahagian daripada rukun solat. Oleh itu ia wajib dibacakan dalam semua solat.


Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn


4.Kemudian, baca surah at-Takatsur

Selesai baca al-Fatihah, maka bacalah pula surah daripada surah al-Quran.

Secara umumnya, tiada penetapan khas untuk pembacaan surah bagi solat ini.

Anda bebas membaca mana-mana sahaja surah selepas al-Fatihah.

Antaranya surah yang dicadangkan pada rakaat pertama adalah al-A’la:

※ Anda juga boleh baca surah-surah yang lain selain al-At-Takatsur


5.Selesai membaca surah, teruskan dengan rukuk dan sujud sehingga selesai rakaat pertama.



6.Rakaat kedua dimulai dengan lafaz takbir intiqalat

(takbir intiqalah bermaksud takbir permulaan rakaat kedua).


7.Baca surah al-Fatihah.

Seperti rakaat pertama, sekali lagi pada rakaat kedua dibacakan surah al-Fatihah.

Surah al-Fatihah

Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn


8.Seterusnya membaca al-Ikhlas

Selesai membaca al-Fatihah, maka bacalah pula Surah al-Ikhlas

Qul huwallahu ahad. Allahus-samad. Lam yalid wa lam yuulad. Wa lam yakul lahuu kufuwan ahad.

Maksudnya:

Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; “Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.”

Anda juga boleh baca surah-surah yang lain selain di atas


9.Solat diteruskan dengan rukuk dan sujud.

Lakukanlah rukuk dan sujud seperti biasa (seperti langkah #5)


10.Bangun dari sujud, terus lakukan tahiyyat akhir sehinggalah selesai rakaat kedua


11.Selesai tahiyat, solat diakhiri dengan memberi salam untuk dua rakaat pertama


Selesai memberi salam pada rakaat kedua, anda boleh:

  • Terus bangun berdiri untuk lakukan rakaat yang seterusnya, atau
  • Membaca selawat taradhi terlebih dahulu jika solat berjemaah, sebelum mengerjakan rakaat seterusnya

12.Mengerjakan Rakaat Seterusnya

Untuk mengerjakan rakaat  3&4  5&6 , dan  7&8 , tatacara mengerjakannya adalah sama seperti langkah 1 — 11 di atas.

Perhatian

Selepas selesai 4 rakaat, disunatkan untuk membaca Doa Antara Tarawih sebelum melakukan mengerjakan 4 rakaat terakhir.

Jika anda solat tarawih 20 rakaat, doa ini dibacakan setiap kali selesai 4 rakaat.

Doa tersebut adalah seperti di bawah ?

Doa Antara Tarawih (Selepas 4 Rakaat)


Allahumma inna nas aluka ridho ka wal jannah wa na u’zubika min saKhoTika wannar.

Allahumma innaka affuwwu karimun tuhibbul afwa fagfu anna wa an waa lidinaa wa an jami’il muslimina wal muslimat, birahmatika ya arhamarrohimin.

Wasollollah ‘ala sayyidina muhammadin wa ‘ala Alihi wasohbihi wabaroka wasallam

Maksudnya:

Dengan nama Tuhan, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, semoga kami mendapat keredhaanMu dan syurgaMu, dan kami berlindung kepadaMu dari murka dan api nerakaMu. Ya Allah, engkaulah maha pengampun yang murah hati, Maha Melindungi, jadi ampunkan kami, ibu bapa kami, dan semua muslimin dan muslimat, demi Engkau yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Selawat dari Allah kepada ketua kita Nabi Muhammad, keluarga, sahabat baginda, dan keberkatan dan kedamaiannya.

Doa Selepas Solat Tarawih

Selepas selesai beri salam rakaat solat tarawih yang terakhir, bacalah doa ini.

Doa ini juga turut dikenali sebagai Doa Kamilin.


Kredit bacaan doa kepada Ustaz Ikmal Zaidi Hashim

Bismillahirrahmanir rahim.

Alhamdulillahi rabbil alamin. Wassolatu wassalamu ala sayyidina muhammadin wa ala Alihi wasohbihi ajmain, Allahummaj ‘alna bil imani kamilin,  walifara idhika muaddin. Wa lissolati haafizin. wa lizzakati faa ilin, wa limaa ‘indaka tholibin, wa li ‘afwika raajiina wa bil hudaa mutamassikiin.

Wa anil laghwi mu’ridhiin. Wa fiddunya zaahidin. Wa fil aakhirati ra ghibin. Wa bil qadaa i raa dhiin. Wa binnu amaa i syaakirin. Wa alal balaa ya saabiriin. Wa tahta liwaa i sayyidinaa muhammmadin sallaahu alaihi wa sallama yaumal qiyamaati saa iriin. Wa ilal haudhi waaridiin. Wafil jannati daakhiliin.

Wa Alaa sariiratil karaa mati qaa idiiin. Wa bihuurin linim mutazawwajiin. Wa min sundusiw waistabraqiw wadiibaajim mutalabbisiin. Wa min to aamil jannati aa kilin. Wa mil labaniw wa asalim musoffaini syaaribiin. bi akwaa biw wa abaariiqa wakaksim mimma ‘in. ma Allaziina an amta alaihim minan nabiyyiina wassiddiiqiina wasy syuhadaa iwassoolihin.

Allahummaj ‘alna fii haazihil lailatisy syahrisy syariifatil mubaarakati minassu Adaail maqbuuliin. Wa alaa  taj ‘alnaa allaahumma minal asy qiyaa ilmarduudiin. ilaahana Aafinaa wa’fu annaa waghfir allaahumma lanaa. waliwaalidiina wali ummahaatina wali ikhwaaninaa wali akhawaatinaa wali azwaajinaa wali ahliinaa wali ahli baitinaa

wali ajdaadinaa wali jaddatinaa wali masyaa ikhinaa wali mu allimiinaa, wa jamii il muslimiina wal muslimaati wal mukminiina wal mukminaat., al ahya i minhum wal amwaat.

Waktubillahummas-salaamata wal aafiyata alai na wa alaa abiidikal hujjaaji wal ghuzaati wazzuwaar, wal musaafiriina wa muqiimiina fil barri wal bahri minal muslimin.

Waqinaa syarrazh zholimin. Wan surnaa alal qaumil kaafiriin, ya mujiibassaa iliin. Wakh tim lanaa yaa rabbanaa minka bikhairiyyaa arhamar raahimin,

Wassollahu ‘ala khairi kholqihi muhammadin wa ‘ala Alihi wasohbihi wassallam. Walhamdulillahi robbil  Aalamin.


Maksudnya:

Segala puji untuk Allah Tuhan sekalian alam, sebagai pujian yang menyempurnakan nikmatNya dan mencukupkan pertambahannya.

Wahai Tuhan kami, bagiMu pujian seperti yang selayakNya dan kemudian ZatMu dan kebesaran pemerintahanMu. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad dan keluarga serta sahabat-sahabatNya.

Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah iman kami iman yang sempurna. Segala kewajipan zakat kami laksanakan dan segala apa yang ada di sisiMu kami pohonkan dan keampunanMu kami harapkan.

Kami berpegang dengan petunjukMu dan menjauhi perkara yang sia-sia, zuhud dengan dunia dan cinta akhirat, redha dengan ketentuanMu, bersyukur dengan nikmat-nikmatMu, dan bersabar dengan bala bencana.

Kami berlindung di bawah panji-panji Nabi Muhammad pada hari kemudian, kami berkehendak kepada perlindunganMu dan dapat memasuki syurgaMu dan duduk di atas katil yang mulia (di syurga), berkahwin dengan bidadari-bidadari dan memakai perhiasan-perhiasan di syurga, memakan makanan di Syurga, minum susu dan madu yang suci dari gelas-gelas yang indah bersama mereka yang telah Engkau beri nikmat daripada golongan nabi-nabi, rasul-rasul, para syuhada dan orang soleh.

Ya Allah, jadikan kami pada malam yang mulia dan penuh keberkatan ini daripada orang yang berbahagia kerana diterima amalannya, dan janganlah jadikan kami orang yang berdukacita kerana ditolak amalan kami.

Ya Tuhan kami, afiatkan kami dan berikan kami keafiatan, Ya Tuhan kami, ampuni kami, ibu bapa kami, saudara-saudara kami, suami/isteri kami dan guru-guru kami dan mereka yang kami ajarkan, dan mereka yang mempunyai hak ke atas kami, dan mereka yang mencintai kami dan berbuat baik kepada kami, dan mereka yang membimbing kami dan yang kami bimbing kepada kebaikan, dan mereka yang berwasiat kepada kami dan yang kami wasiatkan dengan doa, dan seluruh muslimin dan muslimat.

Dan Ya Allah, tulislah keselamatan dan keampunan untuk kami dan ke atas hamba-hambaMu yang terdiri daripada para jemaah haji dan umrah, peniaga-peniaga, orang yang berziarah, musafir-musafir dan orang yang bermukim, di darat atau di laut daripada orang Islam.

Dan jauhkan kami daripada orang yang zalim, dan bantulah kami menghadapi ke atas orang kafir, wahai Tuhan yang memperkenankan orang yang bermohon.

Dan sempurnakanlah untuk kami wahai Tuhan kami daripadaMu dengan kebaikan wahai Tuhan Yang Maha Pengasih daripada segala segala yang mengasihani.

Selawat dan salam ke atas sebaik-baik kejadian, Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya dan Sahabat-sahabatnya, dan segala puji untuk Allah Tuhan sekalian alam.

Solat Sunat Witir Selepas Tarawih

Menjadi kebiasaan di negara kita solat sunat witir akan didirikan selepas selesai solat sunat tarawih.

Solat witir boleh dilakukan sekurang-kurangnya satu rakaat, tetapi sekurang-kurangnya bagi had yang sempurna ialah tiga rakaat (dua salam).

Jika kita solat berjemaah, maka sebelum solat sunat witir dimulakan, bilal akan memberitahu para jemaah dengan lafaz:


Solatul Witri Asa Bakumullah 

Maksudnya:

Didirikan solat witir diberikan oleh Allah ganjaran pahala


Niat Solat Witir

1.Untuk bahagian solat sunat witir yang dua rakaat niatnya adalah:


 Usolli sunnatal witri rak’ataini lillahi taala 

Maksudnya:

Sahaja aku solat witir dua rakaat kerana Allah Taala


2.Untuk bahagian solat witir yang satu rakaat lafaz niatnya ialah:



 Usolli sunnatal witri rak’atan lillahi taala 

Maksudnya:

Sahaja aku solat sunat witir satu rakaat kerana Allah Taala

Untuk pemahaman yang lebih lanjut mengenai solat sunat witir, saya sarankan agar anda melihat panduan mengerjakan solat witir.

Rakaat Pertama

1.Solat Dimulakan dengan takbiratul ihram.

Semasa mengangkat takbir, bacakan niat solat witir dalam hati.

Sahaja aku solat sunat witir dua rakaat kerana Allah Taala.



2.Kemudian, bacalah doa Iftitah.

Hukum membaca Iftitah adalah sunat hai’ah. Solat tetap sah jika doa ini ditinggalkan. Tetapi jika dibaca, akan mendapat pahala.

doa iftitah

Allaahu Akbaru Kabiiraa-walhamdu Lillaahi Katsiiran, Wa Subhaanallaahi Bukrataw-wa’ashiila.

Wajjahtu Wajhiya Lilladzii Fatharas-samaawaati Wal Ardha Haniifam-muslimaw-wamaa Anaa Minal Musyrikiina.

Inna Solaatii Wa Nusukii Wa Mahyaaya Wa Mamaatii Lillaahi Rabbil ‘Aalamiina.

Laa Syariikalahu Wa Bidzaalika Umirtu Wa Ana Minal Muslimiin


3.Seterusnya bacalah surah al-Fatihah.

Surah al-Fatihah adalah sebahagian daripada rukun solat. Oleh itu ia wajib dibacakan dalam semua solat.


Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn


4.Kemudian, baca surah al-A’la

Selesai baca al-Fatihah, maka bacalah pula surah daripada surah al-Quran.

Secara umumnya, tiada penetapan khas untuk pembacaan surah bagi solat ini. Anda bebas membaca mana-mana sahaja surah selepas al-Fatihah.

Antaranya surah yang boleh dibaca adalah al-A’la:


Maksudnya:

Bertasbihlah mensucikan nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi (dari segala sifat-sifat kekurangan), Yang telah menciptakan (sekalian makhlukNya) serta menyempurnakan kejadiannya dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya; Dan Yang telah mengatur (keadaan makhluk-makhlukNya) serta memberikan hidayah petunjuk (ke jalan keselamatannya dan kesempurnaannya); Dan Yang telah mengeluarkan tumbuh-tumbuhan untuk binatang-binatang ternak, Kemudian Ia menjadikan (tumbuh-tumbuhan yang menghijau) itu kering – (berubah warnanya) kehitam-hitaman. Kami sentiasa menjadikan engkau (wahai Muhammad) dapat membaca (Al-Quran yang diturunkan kepadamu – dengan perantaraan jibril), sehingga engkau (menghafaznya dan) tidak lupa, Kecuali apa yang dikehendaki Allah engkau lupakan; sesungguhnya Ia mengetahui (segala keadaan yang patut berlaku), dan yang tersembunyi. Dan Kami tetap memberi kemudahan kepadamu untuk (melaksanakan segala perkara) Agama yang mudah diterima oleh akal yang sihat. Oleh itu berilah peringatan (kepada umat manusia dengan ajaran Al-Quran), kalau-kalau peringatan itu berguna (dan sudah tentu berguna); Kerana orang yang takut (melanggar perintah Allah) akan menerima peringatan itu; Dan (sebaliknya) orang yang sangat celaka akan menjauhinya, Dia lah orang yang akan menderita bakaran neraka yang amat besar (azab seksanya), Selain dari itu, ia tidak mati di dalamnya dan tidak pula hidup senang. Sesungguhnya berjayalah orang yang – setelah menerima peringatan itu – berusaha membersihkan dirinya (dengan taat dan amal yang soleh), Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan nama Tuhannya serta mangerjakan sembahyang (dengan khusyuk). (Tetapi kebanyakkan kamu tidak melakukan yang demikian), bahkan kamu utamakan kehidupan dunia; Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal. Sesungguhnya (keterangan-keterangan yang dinyatakan) ini ada (disebutkan) di dalam Kitab-kitab yang terdahulu, Iaitu Kitab-kitab Nabi Ibrahim dan Nabi Musa.

Anda juga boleh baca surah-surah yang lain selain al-A’la


5.Selesai membaca surah, teruskan dengan rukuk dan sujud sehingga selesai rakaat pertama.



Rakaat Kedua

6.Rakaat kedua dimulai dengan lafaz takbir intiqalat

(takbir intiqalah bermaksud takbir permulaan rakaat kedua).


7.Baca surah al-Fatihah.

Seperti rakaat pertama, sekali lagi pada rakaat kedua dibacakan surah al-Fatihah.

surah al fatihah

Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn


8.Seterusnya membaca al-Kafirun

Selesai membaca al-Fatihah, maka bacalah pula surah al-Kafirun.


Qul yaa ayyuhal-kafirun. La a’budu maa ta’buduun. Wa la antum ‘Abiduna maa a’bud. Wa laa ana ‘Aabidum maa ‘abattum. Wa laa antum ‘abiduuna maa a’bud. Lakum diinukum wa liya diin.

Maksudnya:

Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir! Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku.

Anda juga boleh baca surah-surah yang lain selain


9.Solat diteruskan dengan rukuk dan sujud.

Lakukanlah rukuk dan sujud seperti biasa


10.Bangun dari sujud, terus lakukan tahiyyat akhir sehinggalah selesai rakaat kedua



11.Selesai tahiyat, solat diakhiri dengan memberi salam untuk dua rakaat pertama


Selesai memberi salam pada rakaat kedua, terus bangun berdiri untuk lakukan rakaat yang seterusnya iaitu rakaat ketiga (terakhir).

Rakaat Ketiga (Rakaat Terakhir)

12.Sama seperti permulaan solat rakaat pertama, berdirilah tegak untuk takbiratul ihram


Semasa mengangkat takbir untuk rakaat ketiga, bacakan niat solat witir dalam hati.

Sahaja aku solat sunat witir satu rakaat kerana Allah Taala


13.Ulangi langkah seperti rakaat pertama iaitu membaca Doa Iftitah dan Surah al-Fatihah



14.Membaca Surah Selepas al-Fatihah

Untuk bahagian rakaat yang ketiga, selepas al-Fatihah pada kebiasaannya dibaca 3 surah ringkas.

Oleh itu, bacalah surah Al-Fatihah dan diikuti surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan surah An-Nas.

Bacaan surah Al-Ikhlas:


Qul huwallahu ahad. Allahus-samad. Lam yalid wa lam yuulad. Wa lam yakul lahuu kufuwan ahad.

Maksudnya:

Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; “Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.”

Bacaan surah Al-Falaq:

Qul A’uzu birabbil-falaq. Min syarri maa khalaq. Wa min syarri ghasiqin izaa waqab. Wa min syarrin-naffasati fil-uqad. Wa min syarri haasidin izaa hasad.

Maksudnya:

Katakanlah (wahai Muhammad); “Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menguasai Subuh, Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan. Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk. Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan). Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya”.

Bacaan surah An-Nas:

Qul a’uzu birabbin-nas. Malikin-nas. Ilahin-nas. Min syarril-waswasil-khannas. Allazii yuwaswisu fi sudurin-nas. Minal jinnati wan-nas.

Maksudnya:

Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia. Yang Menguasai sekalian manusia. Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia. Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia”.


15.Solat diteruskan dengan rukuk


Nota

Pada malam ke-16 Ramadan pada rakaat yang ketiga, disunatkan untuk membaca Doa Qunut selepas bangun dari rukuk.

Doa Qunut Witir


Allahhummah Dinii Fiiman Hadait


Wa ’Aa Finii Fiiman ‘Aafait


Watawal-Lanii Fiiman Tawal-laiit


Wabaariklii Fiimaa A’thait



Waqinii Syarramaa Qadhait



Fainnaka Taqdhii Walaa Yuqdho ‘Alaik


WainNahu Laa Yadzilu-man Walait



Walaa Ya’izzu-man ‘Aadait



Tabaa-rakta Rabbanaa Wata ’Aalait



Falakal-hamdu ‘Alaa Maa Qadhait



Astaghfiruka Wa ’AtuuBu ilaik



Wasallallahu ‘Ala Sayyidina Muhammadin Nabiyyil Ummiyyi, Wa ’Alaa Aalihi Washahbihi Wasallam.


16.Selesai bangun dari rukuk (dan Doa Qunut), teruskan dengan Sujud, kemudian Tahiyat Akhir dan Memberi Salam.


17.Maka selesailah Solat Witir tersebut.

Bacaan Wirid & Doa Penutup

1.Selepas solat sunat witir dibaca tahlil pendek.

Bacaan dimulai dengan ucapan di bawah sebanyak dua kali:


 Yaa Latiffu Ya Kafii Ya Hafizu Ya Syafii 

Maksudnya:

Wahai Maha Lemah Lembut, Maha Mencukupi, Maha Memelihara, Maha Menyembuhi.


2.Kemudian disambung dengan ucapan di bawah sebanyak satu kali.



 Yaa Latiffu Ya Wafii Ya Karimmu Antallah 

Maksudnya:

Wahai Maha Lemah Lembut, Maha Setia, Maha Mulia, Engkaulah Allah.


3.Seterusnya zikir tahlil seberapa banyak yang disukai:



 Laa ilah Ha illallah 

Maksudnya:

Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah.


4.Selesai zikir, maka bacalah doa penutup.

Di bawah adalah teks bagi bacaan doa penutup:


Kredit bacaan doa Inteam Digital

 Allahumma Rabbana Taqabbal Minna Solatana Wasiyamana Waqiyamana Waruku Aana Wasujudana Wata Khosyu Aana Wata Aabbu Dana Wata Dorru Aana Watammim Taksii Rana Ya Allah, Birahmatika Ya Arhamarraa himin, ya rabbal aalamin. Wasollallahu ‘ala sayyidina muhammadin wa ‘ala Aalihi Wasohbihi Wabarik Wasallam, Walhamdulillahi Rabbil ‘Alamin


Ya Tuhan, Tuhan kami, terimalah doa dan puasa kami, doa kami, doa kami, sujud kami, ibadah kami, penghormatan kami, dan keletihan kami, dan kesulitan kami, dengan rahmatMu, kasihanilah kami wahai Tuhan sekalian alam. Dan selawat dan salam Allah kepada ketua kami Nabi Muhammad, keluarga, sahabat baginda, dan keberkatan serta kedamaian, dan segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.

Dengan itu, selesailah solat sunat tarawih untuk malam tersebut.

Semoga mendapat keberkatan di bulan ramadhan yang mulia.

Kelebihan Mengerjakan Tarawih

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

Sesiapa yang melakukan solat malam (Tarawih) pada Ramadan kerana keimanan dan mengharapkan keredhaan dan keampunan Allah semata-mata, maka diampunkan segala dosanya yang lalu

— Hadis riwayat Muslim

Soal Jawab Lazim Masalah Berkaitan Solat Tarawih


Berikut disenaraikan beberapa pertanyaan lazim mengenai Solat Tarawih:
Mengapa Solat Tarawih Hanya Ada Pada Bulan Ramadhan Sahaja?

Solat Tarawih hanya ada pada Bulan Ramadhan sahaja kerana ia adalah suatu keistimewaan yang diberikan Allah pada bulan ini sahaja.

Allah menjanjikan keampunan kepada mereka yang mengerjakan Solat Tarawih.

Selain dari Solat Tarawih, Bulan Ramadhan juga terdapat suatu malam yang digelar Lailatul Qadar, iaitu malam yang lebih baik dari seribu bulan.

Adakah Solat Tarawih Wajib Dilakukan?

Hukum mengerjakan Solat sunat Tarawih adalah sunat.

Walaupun begitu, disebabkan solat ini hanya ada pada Bulan Ramadan sahaja, maka kita semua sepatutnya mengambil peluang ini mengerjakan Solat Sunat Tarawih kerana ganjaran yang besar ditawarkan oleh Allah SWT

Adakah Solat Tarawih Boleh Dilakukan Sendiri?

Solat Sunat Tarawih boleh dilakukan secara bersendirian dan berjemaah.

Bolehkah Melakukan Solat Tarawih 4 rakaat 1 salam?

Terdapat khilaf ulama’ mengenai perkara ini.
 
Mengikut Imam Malik dan Imam Ahmad, melaksanakan solat Tarawih 4 rakaat dengan 1 salam adalah sah tetapi makruh.
 
Menurut pendapat Qadhi Abu Ath-Thayyib dibolehkan solat Tarawih dengan 4 rakaat dan 1 salam, sama ada dengan tahiyyat awal atau tidak.
 
Menurut satu qaul yang lain, tidak sah solat Tarawih 4 rakaat dengan 1 salam kerana ia tidak sesuai dengan ajaran syarak (khilaf al-masyru).
 
Apa yang terbaik adalah keluar dari khilaf dan lakukan solat tarawih secara 2 rakaat 1 salam.

Bolehkah Solat Isyak Ketika Orang Sedang Solat Tarawih?

Orang yang solat Isyak boleh bermakmumkan imam yang sedang solat Tarawih.

Adakah Sah Solat Tarawih Jika Imam Solat Laju Dan Cepat?

Jika ketika solat Tarawih dengan cepat itu masih menjaga thama’ninah, maka solatnya sah. Jika tidak ada thama’ninah, maka solatnya tidak sah.
 
Ketika bacaan imam dalam solat Tarawih sangat cepat, makmum masih membaca Al-Fatihah ketika imam rukuk. Dalam keadaan ini, makmum boleh terus rukuk bersama imam walaupun bacaan AI-Fatihahnya belum selesai apabila waktu yang digunakan imam untuk membaca Al-Fatihah dan surah tidak mencukupi untuk digunakan makmum untuk membaca Al-Fatihah.
 
Rujukan: Nihayah al-Muhtaj, 2/227

Penutup: Semoga Ramadan Ini Menjadi Bulan Terbaik Kepada Kita Untuk Beribadah

Ramadhan adalah tetamu yang agung.

Datangnya berkunjung selama sebulan dalam setahun.

Dia membawa kepada kita pelbagai hadiah yang sangat berharga yang perlu kita ambil dan hargai.

Jika tidak kitalah orang yang paling rugi kerana mengabaikan hadiah yang istimewa itu.

Di antara hadiah-hadiah istimewa itu ialah pahala berganda untuk setiap amal di bulan Ramadan.

Oleh itu kita perlu mengambil kesempatan ini untuk melaksanakan segala amalan di bulan ini dengan sebaiknya dengan menambah amalan sunat seperti membaca quran dan bertarawih bagi merebut gandaan pahala yang hanya di tawarkan di bulan yang mulia ini.

Semoga bermanfaat!




Catat Ulasan

Borang Maklumat Hubungan