Pergerakan Yang Membatalkan & Tidak Membatalkan Solat

 


Apakah pergerakan yang membatalkan & tidak membatalkan solat?

Secara umumnya, pergerakan dalam solat terbahagi kepada 2 perkara:

1. Pergerakan yang menyamai salah satu gerakan solat seperti rukuk dan lain-lain

la membatalkan solat tapa melihat a pergerakan besar atau kecil kecuali jika dilakukan dalam keadaan lupa atau tidak tahu (jahil).

2. Pergerakan yang tidak menyamai salah satu gerakan solat seperti rukuk dan lain-lain

la terbahagi lagi kepada 3 keadaan:

  1. Pergerakan yang banyak dan besar seperti melompat atau memukul dengan keras dan lain-lain.

    la membatalkan solat walaupun hanya sekali.
  2. Pergerakan yang sederhana seperti melangkah, menggaru badan dan lain-lain.

    la boleh membatalkan solat jika dilakukan 3 kali secara berturut turut atau bersama dengan gerakan anggota lain seperti gerakan tanga disertai dengan menggerakkan kepala.
  3. Pergerakan yang kecil seperti menggerakkan jari-jemari, bibir dan lain-lain.

    la tidak membatalkan solat walaupun dilakukan berkali-kali selagi bukan tujuannya bermain-main.

Menggerakkan jari-jari lebih daripada 3 kali tidak mengapa, tetapi menggerakkan telapak tangan lebih daripada 3 kali ada khilaf;

  1. Batal
  2. Tidak batal kerana kebanyakan badan diam ketika ia bergerak seperti dalam Al-Kurdi.

Catatan

Kadar gerakan yang berturut-turut adalah seperti berikut:

  1. Menurut Al-Bujairimi: Jarak antara 2 gerakan kurang daripada 1 rakaat paling cepat yang masih mungkin dilakukan.
  2. Sebahagian ulama’: Jarak antara 2 gerakan tidak melebihi tempoh bacaan surah Al-Ikhlas.
  3. Sebahagian yang lain:
    • Jarak antara 2 gerakan tidak sampai tempoh berthama’ninah
    • Jarak antara 2 gerakan mash dalam tempoh membaca al-baqiyat ash-shalihat
    • Secara uruf (adat kebiasaan).

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan